Pre-cleansing O2 emulsifier

180ml

Pre-cleansing O2 emulsifier adalah pembersih berasaskan minyak yang membersih secara mendalam untuk semua jenis kulit. Ia akan memecahkan sebum dan kotoran pada permukaan kulit dan folikel, mencapai kulit yang bersih dan sihat dengan rejimen pembersihan dua kali. Pembersih minyak yang berasaskan bahan tumbuhan, diperkaya dengan minyak zaitun, minyak biji jojoba, minyak argan dan secara menyeluruh mencairkan lapisan sebum, pelindung matahari, solekan kalis air. Ia menghilangkan kotoran sambil mengekalkan kelembapan tanpa merosakkan lapisan perlindungan kulit.

Manfaat utama:

  • Membersih secara mendalam
  • Perlindungan sel kulit
  • Antioksidan
  • Melembapkan kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Penjagaan liang pori dan tidak mengganggu lapisan lipid
  • Mengawal rembesan sebum

Muat Turun Risalah

- Ekstrak Haematococcus Pluvialis: Astaxanthin berasal dari alga yang kaya dengan antioksidan dan anti-penuaan.

- Minyak Kernel Argania Spinosa: Kaya dengan Vitamin E dan memberikan nutrisi yang baik pada kulit, anti-garis halus dan anti-kedutan.

- Minyak benih Limnanthes Alba (Meadowfoam): Mempunyai ciri antioksidan yang hebat dan melembutkan kulit.

- Minyak benih Simmondsia Chinensis (Jojoba): Baik unutk kulit sensitif , melawan pertumbuhan bakteria berbahaya yang membawa kepada masalah jerawat. Ia mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan secara semula jadi melambatkan tanda-tanda penuaan.

- Alpukat: Mengawal minyak, membantu melicinkan kulit dan membuat tona kulit sekata.

1. Pamkan jumlah yang mencukupi dan sapukan pada muka. (dalam keadaan kering)

2. Urut secara perlahan pada muka dan mata untuk larutkan minyak dan kotoran. Tumpukan pada kawasan pori yang tersumbat atau kotoran degil.

3. Bilas dengan air suam dan urut muka secara perlahan sehingga minyak menjadi emulsi.

4. Diikuti dengan La’soul Gold Cleansing Foam untuk hasil pembersihan yang lebih berkesan.

Soalan yang sering diajukan:

1. Kenapa saya perlu menggunakan La’Soul Pre-Cleansing O2 Emulsifier?

La’Soul Pre-Cleansing O2 Emulsifier merupakan kaedah pembersih berasaskan minyak, di mana ia boleh dijadikan cara penyelesaian untuk menghilangkan kotoran yang disebabkan oleh jerawat dan bintik komedo. Keadah pembersih berasaskan minyak adalah berdasarkan prinsip minyak larut minyak (peraturan asas kimia), yang bermaksud bahawa meletakkan minyak pada kulit boleh membantu meminimalkan atau mengurangkan jumlah minyak yang dihasilkan oleh kulit anda.

2. Berapa kerapkah saya patut menggunakan La’Soul Pre-Cleansing Emulsifier?

Ia akan berbeza mengikut jenis kulit anda. Kulit kering dan berminyak boleh dapat manfaat daripada kaedah pembersih berasaskan minyak secara teratur setiap malam, manakala kulit sensitif hanya perlu dibersihkan sekali selang beberapa hari.

3. Kulit saya mula berjerawat selepas menggunakan pembersih berasaskan minyak. Apa patut saya buat?

Sekiranya anda pernah membuat rawatan muka, anda mungkin telah diberitahu kemungkinan anda akan mengalami jerawat. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh bahan yang digunakan semasa rawatan yang membantu kulit anda ‘’menolak” kotoran. Secara asasnya, ‘’ia harus menjadi teruk sebelum ia menjadi lebih baik.’’ Sebagai kaedah pembersihan yang mendalam, pembersih berasaskan minyak boleh menyebabkan reaksi yang sama. Sekiranya anda baru menggunakan pembersih berasaskan minyak, cuba kurangkan penggunaan anda membersih menggunakan pembersih berasaskan minyak setiap minggu. Mulakan dengan seminggu sekali dan seterusnya lakukan 2-3 kali seminggu dan barulah rutin setiap petang.