LA’SOULGOLD Skin Secret Hydralift Cleansing Foam

100ml

Skin Secret Hydralift Cleansing Foam adalah buih mewah lembut yang membersihkan kotoran, unsur alam sekitar dan minyak di permukaan. Dirumuskan dengan ekstark tumbuhan dan ciri-ciri penyembuhan kulit yang lain. Ia membantu meningkatkan keanjalan dengan memperbaiki penuaan tisu kulit, menggalakkan penghasilan kulit yang lebih anjal dan berseri dari dalam.

Manfaat utama:

  • Tidak menggalakkan pertumbuhan jerawat
  • Memperbaiki tona kulit
  • Menghidrat serta-merta
  • Memperbaiki liang pori
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Anti-kedutan, anti-penuaan
  • Meningkatkan penyembuhan kerosakan kulit

Muat Turun Risalah

- Hippophae Rhamnoides: Ekstrak seabuckthorn dalam pembersih wajah ini dapat menjaga kulit agar tetap anjal dan tegang dan mengurangkan kedutan. Sifat anti-kedutan dapat menjaga kulit kekal muda dengan hanya mencuci muka dua kali sehari. Ia juga mempunyai sifat regenerasi sel dan merangsang pembentukan kulit baru serta proses metabolisme kulit yang merawat dan meremajakan kulit dengan langkah-langkah mudah. Ia juga mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar.

- Glycerin: Gliserin adalah pelembap kepada kulit yang dapat mengurangkan tompok-tompok kusam dan kering pada kulit. Ia menjadikan kulit lembut, anjal dan cepat terhidrat. Ia mengekalkan keseimbangan air pada kulit, menyihatkan kulit dan meningkatkan penampilan kulit. Ia dapat mengekalkan dan meningkatkan kesihatan kulit.

- Astaxanthin: Astaxanthin terbukti dapat meningkatkan kelembapan kulit, mengekalkan kelembapan, menganjalkan, meningkatkan kehalusan kulit, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan yang dapat mengekalkan keremajaan kulit. Ia mempunyai sifat menghalang sinaran UV yang luar biasa yang dapat melindungi kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari. Ia juga mempunyai sifat antioksidan kerana dapat meneutralkan radikal bebas, melindungi kulit dari pengoksidaan, kerosakan dan keradangan.

- Ekstrak Brassica Oleracea Italia: Ekstrak brassica oleracea italia adalah agen antioksidan yang baik yang dapat melindungi kulit dari sinaran UV dan kerosakan radikal bebas. Ia juga merupakan sumber vitamin A yang baik yang membantu kulit dengan pertumbuhan semula sel kulit untuk mempromosikan kulit yang bersih dan tona kulit sekata.

- Ekstrak propolis: Ekstrak propolis mempunyai keupayaan penyembuhan, antiseptik dan pemulihan yang dapat membantu mengimbangi, menyembuhkan dan menenangkan kulit yang bermasalah. Ini juga mempercepatkan pertumbuhan sel dan membersihkan liang pori untuk mengelakkan pori-pori tersumbat dan mengakibatkan masalah kulit. Ia juga melindungi kulit daripada bakteria dan bertindak sebagai agen anti-radang yang hebat.

1. Basahkan wajah anda dengan air.
2. Sapukan cleansing foam pada seluruh wajah.
3. Bilas cleansing foam sehingga bersih dengan air.
4. Lapkan wajah anda dengan tuala yang bersih.

Frequently Asked Question(s)

1. Saya tidak memakai solekan, perlukah saya mencuci muka dua kali sehari?

Walaupun anda tidak bersolek, kulit anda masih boleh terdedah kepada pelbagai pencemaran udara, habuk dan bakteria setiap hari. Oleh itu, mencuci muks adalah penting untuk penjagaan kulit harian bagi membuang toksik akibat kotoran.

2. Perlukah saya mencuci muka dengan menggunakan La’Soul Gold Cleansing Foam setiap pagi?

Mencuci muka dapat menanggalkan sel-sel kulit mati, minyak sebum, peluh dan kotoran pada bantal yang melekat pada waktu malam semasa anda tidur.

3. Saya tidak pasti jenis kulit muka saya, adakah saya sesuai menggunakan pembersih muka ini?

La’soul Gold Cleansing Foam diuji oleh pakar kulit yang sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, tidak kira anda mempunyai kulit sensitif atau kulit berjerawat. Ia dapat membersihkan kulit anda dengan lembut, melembapkan, anti-penuaan dan lebih banyak lagi tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit anda.