Frequently Asked Questions

Berapa lama SNE Marketing telah beroperasi?

SNE Marketing Sdn Bhd telah beroperasi sejak 2003. Kami adalah sebuah syarikat MLM yang bukan sahaja mengutamakan perniagaan tetapi kesihatan dan kesejahteraan anda. Kami adalah seperti satu keluarga dan ingin mencapai matlamat & kejayaan bersama-sama!

Di mana lokasi syarikat anda?

Alamat kami adalah Unit 38-5-4 Shamelin Business Centre, No.38 Jln 4/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur. Anda boleh menaip “SNE Marketing Sdn Bhd” ke dalam aplikasi GPS.

Apa produk yang boleh dibeli melalui syarikat anda?

Kami mempunyai produk kesihatan, penjagaan kulit dan kosmetik serta penjagaan peribadi. Jika anda merupakan pelanggan baru, anda boleh hubungi 03-92009090 untuk bantuan dan maklumat yang lanjut.

Apa yang digunakan untuk menghasilkan produk? Adakah ia selamat untuk diguna?

Produk kesihatan kami diperbuat daripada minyak benih Seabuckthorn dan selamat untuk penggunaan kerana ia disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saya sedang makan ubat. Adakah saya sesuai untuk makan produk kesihatan SNE?

Sekiranya anda sedang makan ubat, sila mendapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Kami mengutamakan keselamatan dan kesihatan anda.

Di mana dan bagaimana untuk membeli produk?

Anda boleh membeli produk kami di kaunter tingkat 5 di SNE HQ atau membeli melalui laman web.

Berapa lama pemprosesan pembelian saya?

Apabila kami menerima pesanan barang dan bayaran anda, kami akan mengatur untuk penghantaran barang. Oleh itu, ia akan mengambil sedikit masa.

Bolehkah saya menukar pesanan selepas bayaran dibuat?

Anda tidak boleh mengubah pesanan selepas bayaran dibuat. Sila semak pesanan anda dengan teliti sebelum membuat pembayaran.

Jika ada masalah dengan produk, apa yang harus saya buat? Boleh membuat bayaran balik atau pertukaran?

Kami memohon maaf jika anda menghadapi situasi ini. Kami hanya membenarkan bayaran balik dan penukaran produk jika ia tidak ditutup dengan baik, kebocoran dan lain-lain. Anda dinasihatkan untuk menghantar gambar produk yang tidak sempurna ke laman Facebook untuk pemeriksaan selanjutnya. Segala keputusan kami adalah muktamad.

Jika saya mempunyai pertanyaan mengenai produk, di mana saya boleh mendapat bantuan?

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai produk kami, anda boleh hubungi 0392009090 atau klik Whatsapp untuk berhubung dengan pakar nutrisi kami. Hanya tertakluk pada hari bekerja.