Sejak tahun 2003, misi kami adalah untuk meningkatkan kehidupan dan membantu mencapai matlamat anda.

Pengasas Seabuckthorn

SNE Marketing adalah pengasas Seabuckthorn

SNE Marketing adalah pengasas Seabuckthorn kerana kepercayaan terhadap keajaiban sebiji buah di Mongolia iaitu Seabuckthorn dan SNE Marketing mengambil peluang ini dengan memperkenalkan buah Seabuckthorn di pasaran antarabangsa.

Di bawah pimpinan Dato’Lawrence Low, SNE Marketing telah mempunyai kekuatan dalam bidang MLM dengan sistem yang jelas dan mudah untuk mencapai kejayaan tanpa had. Dengan visi uniknya untuk bermula dengan SNE Kapsul, ia telah menjadi salah satu jenama yang berkembang pesat di Malaysia. SNE Kapsul mencapai status sebagai salah satu produk kesihatan yang terkemuka dalam kategori produk kesihatan dengan jualan lebih daripada satu billion.

SNE Marketing meraih kejayaan dan inovasi dalam bidang jualan langsung, menetapkan piawai baru untuk pampasan pengedar, komunikasi dan penggunaan teknologi “Seabuckthorn” yang baru.

Kami berhasrat untuk membina organisasi antarabangsa yang berdedikasi untuk meningkatkan kualiti kehidupan di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 1 juta testimoni, SNE berhasrat untuk berkongsi keunikan Seabuckthorn ini dan kebaikannya dengan anda. SNE Marketing beroperasi di 4 buah negara dengan beberapa pusat pengedaran yang mempunyai berjuta-juta pengedar dan pelanggan.

Teknologi

Dengan kerjasama dengan pakar kesihatan di dunia untuk memberi penyelesaian yang terbaik. Produk kami diinovasikan supaya dapat memenuhi dan memberikan produk dan servis yang terbaik untuk kesihatan anda.  Kami juga sentiasa memastikan ilmu pengetahuan kami adalah terkini demi membantu anda.

Perkongsian Teknologi yang diperkembangkan oleh SNE Marketing adalah penting untuk perniagaan dan hasil luar biasa untuk pelanggan kami. Kami berkerjasama dengan syarikat yang terbaik dalam sektor ini bagi menghasilkan produk yang tiada tandingannya.

“Produk yang inovatif dan konsep keusahawan yang baru telah meningkatkan kualiti kehidupan berjuta-juta rakyat Malaysia.

Kualiti Kehidupan

SNE Marketing berusaha untuk memperkenalkan penyelesaian baru ke pasaran dari masa ke masa. Inilah hasil daripada usaha kami yang tidak berputus asa untuk mewujudkan produk baru yang inovatif demi memperbaiki kehidupan anda. Tidak kira produk baru atau yang sedia ada, ia tetap pilihan utama anda.

Setiap produk yang dihasilkan dan diperkenalkan adalah hasil daripada persaingan di mana kualiti produk adalah lebih tinggi. Ini bermakna, produk kami melalui proses penyelidikan yang teliti sebelum diperkenalkan dalam pasaran.

Lembaga Pengarah Syarikat

Dato Lawrence Low

Executive Director

Dato’ Lawrence Low merupakan graduan dari Universiti South Australia dengan Ijazah Sarjana Sains Farmasi. Beliau adalah ahli farmasi berdaftar di bawah Lembaga Farmasi Malaysia dengan lebih daripada 3 tahun pengalaman dalam farmaseutikal tempatan dan luar negara sebelum menyertai SNE Marketing pada tahun 2005.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pengurus Perkembangan Perniagaan dan Pakar Nutrisi. Pada tahun 2007, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif di mana mempunyai prestasi yang cemerlang.

Kepimpinan beliau membuktikan kejayaan dalam melaksanakan strategi pemasaran baru dan inovatif dalam memperluaskan pemasaran, penjenamaan, strategi dan pengusaha perniagaan.
Beliau merupakan seorang pemimpin yang dinamik dan mempunyai wawasan & misi untuk ahli generasi baru dalam mencapai kejayaan. Beliau percaya bahawa memperkayakan dan memperkuatkan ahli lain akan membawa kejayaan kepada perniagaan.

Dato Seri Barry Low

Managing Director

Dato’ Seri Barry Low adalah pengerusi dan pengasas SNE Marketing Sdn Bhd. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam perniagaan pemasaran MLM, berpengalaman mengurus perniagaan keluarga melebihi 30 tahun.

1. Presiden SNE Marketing Sdn Bhd
2. Pengarah SNE Universal Holding Sdn Bhd
3. Pengarah PT SNE Herbal Indonesia

Mr SY Lau

Vice President

Encik Lau See Yoong (SY Lau) merupakan graduan dari Universiti Sains dengan Sarjana Muda Sains dalam Pengajian, Pengurusan dan Pembangunan Ekonomi. Selepas tamat pengajian, beliau menyertai syarikat MLM Taiwan sebagai pensyarah seminar dengan memberi bimbingan untuk syarikat luar negara seperti Singapura, Indonesia, Taiwan, Brunei, Thailand dan China.

Pada tahun 2003, beliau telah dijemput untuk menyertai SNE Marketing sebagai Pengurus Syarikat. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Naib Presiden pada tahun 2007.

Sumbangan beliau kepada SNE Marketing telah diiktiraf oleh Forum Jualan Langsung Asia Pasifik (APDSF) dan dianugerahkan Sistem Cemerlang Asia Pasifik untuk pengenalam Sistem Pemandu SNE 532.

Visi

SNE Marketing Sdn Bhd menjadi platform utama kepada usahawan di Malaysia di mana ahli kami maju bersama-sama.

Nilai

  • Kami menginovasikan produk setaraf dengan piawai dunia.
  • Kami mengutamakan pelanggan.
  • Kami menyediakan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang terbail dengan kos yang berpatutan.
  • Kami adalah kepercayaan untuk para pemimpin meraih kejayaan bersama SNE

Komitmen

  • Berfikir dari sudut pelanggan demi memberi produk yang terbaik dan boleh dipercayai.
  • Perniagaan yang berdasarkan kejujuran, mendorong ekonomi dan menyumbang kepada komuniti.
  • Berinovasi dengan tujuan mendorong pemimpin dan ahli kita.
  • Perkembangan untuk melahirkan ahli dan kakitangan yang serba boleh.